Menurut artikel bertarikh 6 Jun 2013 yang diterbitkan dalam surat khabar thestar.com.my yang memetik kajian daripada beberapa intitut dan organisas, ibu bapa pada masa kini, mendedahkan anak-anak mereka kepada gadget elektronik pada usia yang sangat muda. Ramai ibu bapa yang berasa selesa memberikan gadget kepada anak-anak kerana ia boleh membantu mereka duduk diam dan tidak membuat karenah semasa membeli-belah, berada di restoran ataupun tempat-tempat awam. Walaubagaimanapun, ramai ibu bapa yang tidak memahami kesan pendedahan peralatan tersebut pada anak-anak mereka.
Pada masa kini, gadget eletronik bukan lagi terhad kepada orang dewasa tetapi sudah banyak produk yang dikeluarkan disasarkan khusus kepada kanak-kanak. Setiap produk yang dikeluarkan ini mempunyai kesan sampingan, maka timbul persoalan di kalangan ibu bapa tentang adakah kanak-kanak boleh didedahkan kepada produk tersebut ataupun tidak? Kebanyakkan artikel dari kajian yang diterbitkan samaada melalui internet mahupun bahan bercetak banyak menyentuh tentang kesan buruk gadget elektronik kepada kanak-kanak. Namun untuk benar-benar memahami isu ini, masyarakat perlu melihat kepada kedua-dua aspek iaitu faedah dan kesan buruk penggunaan gadget.
Berikut adalah senarai kesan negatif dan juga faedah pendedahan gadget elektronik kepada kanak-kanak yang dipetik daripada beberapa suratkhabar, hasil kajian yang dilakukan organisasi kesihatan serta beberapa professor dan universiti tempatan dan luar negara.
Kesan Negatif :
- Kerosakkan mata akibat terdedah terlalu lama pada skrin.
- Kegemukkan dan masalah kesihatan jantung akibat kurang aktiviti fizikal.
- Kerosakan struktur rangka kerana duduk terlalu lama.
- Kemerosotan pembelajaran seperti matematik dan kemahiran penulisan Bahasa yang betul.
- Kesukaran memberi tumpuan pada pembelajaran.
- Masalah pergaulan dan komunikasi kerana kekurangan interaksi nyata.
- Masalah buli melalui siber.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan