Khamis, 11 Mei 2017

GANGGUAN PEMBELAJARAN DISLEKSIA

Antara ciri-ciri murid diseleksia :

Masalah dalam ejaan
  • masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
  • sukar untuk menyebut huruf vokal dan selalunya meninggalkannya
 Masalah dalam ingatan
  • bermasalah dalam ingatan jangka pendek
  • sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusing dalam otak mereka
  • selalu gagal dalam menyusun maklumat 
  • bermasalah dalam mengigati susunan hari, bulan, ;tahun dan sewaktu dengannya 
Masalah dalam membaca
  • membaca terlalu cepat dengan sebutan tidak tepat
  • membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan terkebalikkan, kesan lingkaran cahaya, lingkaran bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan 
  • sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama 
  • tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan