Khamis, 11 Mei 2017

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ICT DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan kita seharian. Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka. Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

               Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintergrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan intraktif. Kajian Clements (1987) serta Hough dan Ellis (1997) mendapati ICT boleh membantu kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang kreatif.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Kanak-kanak 2 hingga 6 tahun peringkat praoperasi masih menggunakan deria (penglihatan dan pendegaran-audio visual) untuk mengumpul dan membina maklumat bergantung kepada tanggapan serta merta kanak-kanak. Pengetahuan kanak-kanak boleh dibina melalui interaksi dengan persekitaran atau bahan.

 KELEBIHAN ICT DALAM P&P

1.Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak terhadap penerokaan dan penemuan.
2.Membawa sikap positif, kanak-kanak mempunyai peluang luas dalam aktiviti pembelajaran
3.Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh pratikal
4.Ict menyediakan keadah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif
5.Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai

KEBURUKAN ICT DALAM P&P

1.Perkembangan otak kanak-kanak tidak berkembang
2.Kanak-kanak mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka
3.Kanak-kanak akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran
4.Pergaulan kanak-kanak terbatas
5.Dapat melalaikan kanak-kanak


GANGGUAN PEMBELAJARAN DISLEKSIA

Antara ciri-ciri murid diseleksia :

Masalah dalam ejaan
  • masalah dalam sebutan (fonologi) dimana murid tidak dapat menyebut perkataan yang tertulis
  • sukar untuk menyebut huruf vokal dan selalunya meninggalkannya
 Masalah dalam ingatan
  • bermasalah dalam ingatan jangka pendek
  • sukar untuk mengumpulkan maklumat dalam otak, seolah-olah terlalu banyak perkataan berpusing-pusing dalam otak mereka
  • selalu gagal dalam menyusun maklumat 
  • bermasalah dalam mengigati susunan hari, bulan, ;tahun dan sewaktu dengannya 
Masalah dalam membaca
  • membaca terlalu cepat dengan sebutan tidak tepat
  • membaca lambat dan terputus-putus disebabkan kesan kekaburan, kesan terkebalikkan, kesan lingkaran cahaya, lingkaran bergoyang, kesan seperti runtuhan, kesan putaran atau variasi perkataan 
  • sering salah apabila menyebut perkataan yang mempunyai huruf pertama dan terakhir yang sama 
  • tiada intonasi semasa membaca dan tidak mempedulikan tanda bacaan